Wednesday, May 25, 2011

SOLAR SOUND SYSTEM (DC VS AC)

 Sistem bunyi adalah sangat penting untuk sebuah BH. Ketiadaan sumber bunyi ianya membawa masalah kepada BH. Dah tentu BH yang baru menghadapi masalah tidak dimasuki oleh burung walit. Untuk menyelesaikan masalah ini saya telah buat satu sistem solar untuk menjayakan sebuah rumah walit.
 Untuk menjayakan sistem solar saya tambah aksessori menggunakan inverter DC-AC iaitu dual function. Iaitu boleh charging bateri menggunakan AC. Jika bateri penuh ianya automatic swicth off charging.
 Sistem solar yang saya bina menggunakan dua sumber charging untuk bateri iaitu solar charging system dan AC charging sistem. Kedua-duanya automatic off apabila bateri solar telah penuh.
 Apabila warna diod pada inverter bewarna oren ianya bermaksud sistem AC saya tidak berfungsi iaitu sistem elektrik yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Elektrik gagal beroperasi. Oleh demikian, sistem solar yang saya bina mengantikan tugas AC untuk charging bateri. Pada siang hari sistem solar berfungsi. Jadi, seluruh sistem amplifier pada rumah BH saya menggunakan tenaga solar. Apabila senja iaitu matahari sudah tiada maka keseluruhan sistem amplifier dan lampu dibekalkan tenaga elektrik menggunakan bateri solar.
 Beginilah keadaan sistem bunyi, mist maker, humidifier dan macam-macam lagi dibilik audio saya.
 Saya juga telah modified sistem komputer untuk energy saving bertujuan untuk menyejukkan amplifier menggunakan small fan.
 Salah satu sistem humidifier yang saya gunakan. Untuk humidifier saya telah bina satu alat yang saya reka sendiri agar humidifier atau mist maker saya switch on secara automatic apabila kelembapan mencecah pada paras yang dikehendaki. Namun untuk sistem ini saya telah bina secara automatic timer untuk masa-masa tertentu dan di modified + aroma untuk attract burung walit.
 Ini adalah contoh automatic switch untuk sistem AC yang saya bina sendiri.
Ini adalah salah satu timer yang saya buat untuk sistem amplifier dan kipas penyejuk.

 Namun untuk sukses dalam menternak burung walit ianya memerlukan penyelenggaraan dari semasa ke semasa. 

Interested

Mr Dils
010-9620271
Dalat, Sarawak