Thursday, January 20, 2011

New Swiftet Idea : Fake Swiftlet + Fake Nest + Polisterin

 
Ini idea yang boleh digunakan untuk rumah walit yang baru. Idea ini ada logiknya. Kita saiko burung walit menggunakan bunyi walit. Tapi kali ini kita saiko burung walit menggunakan burung walit palsu. Burung walit palsu dibuat menggunakan kain atau kertas warna hitam serta diletakkan di kawasan sarang corner, pada polisterin dan juga pada sarang palsu.
Lokasi dipilih dalam rumah burung walit ialah di lokasi yang mudah nampak apabila burung walit berada di dalam rumah burung walit. Ini adalah merupakan satu strategi "saikologi" burung walit ini. Burung walit ini menyangka bahawa dalam rumah burung walit telah mempunyai koloni walit disamping dipengaruhi oleh bunyi seikologi internal walit. Salah satu lokasi yang dipilih untuk burung walit yang palsu ini ialah berhampiran dengan sumber angin. Apabila angin bertiup burung walit palsu ini akan bergerak.


Selamat mencuba bagi yang berminat.


Mr Dils
Dalat, Sarawak
0109620271

Tuesday, January 18, 2011

Good Idea -Grass & Entrance Door

Ketika berjalan petang, saya terjumpa dua buah rumah yang memberikan idea baik untuk penternak walet. Pada gambar yang pertama ialah menanam rumput ditingkat atas rumah walit. Pada pandangan saya, rumput boleh digunakan untuk membiak serangga makanan walit.Walaubagaimanapun, rumput ini perlu sentiasa disiram air untuk menjamin terus subur. Berkemungkinan ada sistem sprinkler diatas bumbung rumah ini untuk burung walet bermain / mandi, siraman tanaman dan pembiakan serangga makanan walit.
Rumah kedua pula mempunyai rekabentuk pintu masuk yang unik. Kebiasaan pintu masuk kita buat segiempat sama ada 2 x 2 kaki, 3 x 3 kaki @ 2 x 3 kaki mengikut kesesuaian. Tapi pintu masuk rumah BH ini dibuat dalam anggaran 3 x 2 kaki serta dibuat secara open roof. Jadi walit boleh masuk ke rumah BH dalam dua cara.

Fikirlah sendiri yang mana dianggap sesuai.

Mr Dils
Dalat, Sarawak
0109620271

Sunday, January 16, 2011

Testing - Hormon Cup + Corner + Polisterin + Speaker

Bermula 15 Jan 2011 (Sabtu) saya telah memulakan percubaan terbaru keatas rumah walit yang baru. Percubaan ini melibatkan tiga lokasi yang berbeza dalam BH. Pertama ialah meletakkan hormon dalam satu cup kecil agar ianya tahan lama.

Pada masa yang sama cup tersebut diletakkan pada lokasi ditengah-tengah diantara corner location dan polisterin serta berhampiran dengan speaker. Pada masa yang sama lokasi corner dan polisterin disembur dengan hormon. 

Sebelum itu, pada kawan-kawan tolong jangan gunakan silotape seperti yang saya buat sebab lama kelamaan silotape akan terbuka setelah sehari kerana dalam rumah walit adalah lembab jadi bimbang burung akan terlekat pada silotape. Situasi ini telah diatasi pada 16/02/2011.

Lebar papan sarang dikawasn ini ialah 12 inci.
Ini adalah percubaan di lokasi berlainan dalam rumah BH yang sama. Bezanya ianya tidak diletakkan speaker. Tujuannya untuk melihat perkembangan sama ada burung walit memilih corner @ polisterin @ wayer. Persoalan, Adakah speaker mempengaruhi burung walit membuat sarang? Setiap lokasi sasaran disembur dengan hormon. Lebar papan sarang dikawasan ini ialah 18 inci.
Ini pula juga percubaan. Menggunakan polisterin dipotong panjang 15 cm. Diletakkan dibawah corner location serta disemburkan hormon. Papan sarang dikawasan ini adalah dari jenis kayu yang berlainan. Fokus polisterin @ corner. Lebar Papan sirip dikawasan ini ialah 14 inci.

Sebelum itu pada kawan-kawan yang hendak menggunakan papan sarang yang lebar harus menggunakan strategi cara untuk menyusun sarang burung walit agar ianya boleh berlapis 2 @ 3 sarang pada satu papan sarang yang lebar.

Kita cuba lihat hasilkan tiga bulan kemudian.....

Mr Dils
Dalat, Sarawak
0109620271

Wednesday, January 12, 2011

Low Cost Bird House in Borneo





Kebanyakkan kita menjumpai rumah-rumah burung walet yang kos mencecah RM70K keatas. Mungkin kita boleh gunakan idea ini untuk dapatkan kos lebih rendah tetapi efficient.

Cuba fikirkan rumah ini low cost. Bagaimana rumah ini boleh mengawal suhu dibawah 30 celcius? Perlu diingat rumah BH yang besar tidak menjamin kejayaan sesebuah BH apa yang penting design sesebuah rumah BH. Orang kata sistem bunyi... Orang kata sistem humidifier... Orang kata penggunaan hormon. Betul setiap satu ada mempengaruhi. Ingat kawan2 design rumah BH lebih banyak mempengaruhi kejayaan. Burung tak kenal harga speaker, burung tak kenal amplifier.

Lain kali saya akan upload sebuah rumah sebesar 14" x 20" telah menghasilkan 2kg upgrading to 5kg now sekali harves. Can top up to maximum 15kg sekali harves.