Wednesday, August 24, 2011

PERLUKAH GENERATOR......







Perlukah Generator.... ? Ianya suatu persoalan. Kalau dah ada Solar perlukah saya beli Generator...? Kalau Perlu Beli... Kalau Rasa Tak Perlu jangan beli..

Sesiapa yang menggunakan sistem solar bekemungkinan tidak perlu generator ini bagi yang mempunyai sistem solar yang berkualiti tinggi. Kalau solar sistem kurang dari segi tempoh masa charging mungkin generator ini perlu.

Untuk generator yang saya tunjukkan ini, ianya ada kelemahan iaitu arus elektrik mudah overload. Kalau dah overload pasti semua PA system dan lampu habis rosak. Kalau ada fius pada PA system belek2 kan fius. Kalau nasib baik mungkin FIUS boleh selamatkan PA sistem anda. Generator ini juga tidak boleh switch on sendiri apabila tenaga elektrik tiada pada arus elektrik atau arus solar sistem.

Selain itu, minyak petrol yang diletakkan dalam tangki generator tak boleh lebih 14 hari. Jika perkara ini berlaku dah pasti generator tak dapat switch on.....

Penggunaan generator ini hanya boleh bertahan sehingga 12jam tanpa henti. Kelebihannya dah pasti kalau arus elektrik tiada terutamanya solar sistem tidak dapat charging dalam tempoh 3-5hari kita boleh gunakan generator ini untuk charging bateri pada masa yang sama boleh mainkan PA system dan lampu. Dalam tempoh 12 jam dah pasti ianya dapat charging bateri rumah burung anda dengan penuh.
Jadi pilihlah generator yang boleh mengawal arus elektrik diantara 220V-240V & boleh switch on automatic apabila arus elektrik tiada.


Mr Dils
Dalat, Sarawak
010-9620271

Sunday, August 21, 2011

CHECK FIUS... GANTIKAN JIKA PERLU...


Untuk rumah walit yang jauh di kawasan pedalaman perhatikan juga fius ini. Walaupun kerosakan adalah kecil hanya fius sahaja. Kalau ada masa tengok-tengok kan fius ini. Nampak kecil.... satu fius baru RM10.00. Tapi kerana RM10.00 ia boleh membawa bencana ketiadaan bunyi pemanggil walit. Kalau rumah walit terletak dikawasan yang jauh.. dah pasti kerana RM10.00 kita perlu berpatah balik ke bandar dan bertolak ke lokasi. Kos RM10.00 untuk fius boleh jadi parah... kawan.

Mr Dils
010-9620271
Dalat, Sarawak.

Thursday, August 11, 2011

Solar Complete Testing......

Solar Selesai Dipasang. 
 Percubaan Pertama Dua Bulan Lepas
 Percubaan Berikutnya.
 Ketekunan dan usaha.. Lama Kelamaan solar berjaya dipasang.
 Namun keja-kerja ini memerlukan ketelitian.
Pada peringkat ini, memang menjadi adat... pasti ada kesilapan.

Hasil pemasangan solar panel dan penggunaan tenaga solar sebenarnya ada kelemahan dan kebaikannya. Namun tak rugi mempelajari sesuatu yang baru...

Penggunaan tenaga solar yang terbaik ialah:

1. Jumlah tenaga bateri yang mencukupi mengikut jumlah tenaga elektrik yang digunakan 300ah keatas.

2. Charging dalam tempoh masa yang pantas. Untuk sistem solar yang saya bina sebelum jam 10.00 pagi bateri akan penuh jika tiada hujan (Dalam tempoh 2 jam). Jika suhu panas sekitar jam 11.00 pagi - 2.00 petang bateri akan penuh untuk charging yang mengambil masa dalam tempoh satu jam sahaja.

3. Jumlah solar panel yang mencukupi sekitar 360 watt keatas bergantung kepada PA System.

4. Pastikan anda mengetahui kekuatan tenaga elektrik yang digunakan oleh PA System. Disyorkan penggunaan PA System jenis energy saving serta alat ganti yang murah dan berkesan.

5. Pemilihan Solar Controller yang berkualiti serta mampu menampung jumlah watt yang dibekalkan oleh solar panel. Jika jumlah watt yang dibekalkan oleh solar panel adalah tinggi berbanding kemampuan solar controller risiko kerosakan pada solar controller adalah tinggi.

6. Solar Controller harus disetting terlebih dahulu mengikut kemampuan PA System, Bateri dan juga bergantung kepada cara wayering.

7. Testing sistem dan kemampuan sistem solar berfungsi apabila matahari tiada. Disyorkan ketahanan bateri untuk menampung PA system dalam tempoh 3 hari hingga 5 hari keataslebih.

8. Tepuk dada tanya selera..


Mr Dils
Dalat Sarawak