Ini idea yang boleh digunakan untuk rumah walit yang baru. Idea ini ada logiknya. Kita saiko burung walit menggunakan bunyi walit. Tapi kali ini kita saiko burung walit menggunakan burung walit palsu. Burung walit palsu dibuat menggunakan kain atau kertas warna hitam serta diletakkan di kawasan sarang corner, pada polisterin dan juga pada sarang palsu.
Lokasi dipilih dalam rumah burung walit ialah di lokasi yang mudah nampak apabila burung walit berada di dalam rumah burung walit. Ini adalah merupakan satu strategi "saikologi" burung walit ini. Burung walit ini menyangka bahawa dalam rumah burung walit telah mempunyai koloni walit disamping dipengaruhi oleh bunyi seikologi internal walit. Salah satu lokasi yang dipilih untuk burung walit yang palsu ini ialah berhampiran dengan sumber angin. Apabila angin bertiup burung walit palsu ini akan bergerak.
Selamat mencuba bagi yang berminat.
Mr Dils
Dalat, Sarawak
0109620271