Sunday, January 16, 2011

Testing - Hormon Cup + Corner + Polisterin + Speaker

Bermula 15 Jan 2011 (Sabtu) saya telah memulakan percubaan terbaru keatas rumah walit yang baru. Percubaan ini melibatkan tiga lokasi yang berbeza dalam BH. Pertama ialah meletakkan hormon dalam satu cup kecil agar ianya tahan lama.

Pada masa yang sama cup tersebut diletakkan pada lokasi ditengah-tengah diantara corner location dan polisterin serta berhampiran dengan speaker. Pada masa yang sama lokasi corner dan polisterin disembur dengan hormon. 

Sebelum itu, pada kawan-kawan tolong jangan gunakan silotape seperti yang saya buat sebab lama kelamaan silotape akan terbuka setelah sehari kerana dalam rumah walit adalah lembab jadi bimbang burung akan terlekat pada silotape. Situasi ini telah diatasi pada 16/02/2011.

Lebar papan sarang dikawasn ini ialah 12 inci.
Ini adalah percubaan di lokasi berlainan dalam rumah BH yang sama. Bezanya ianya tidak diletakkan speaker. Tujuannya untuk melihat perkembangan sama ada burung walit memilih corner @ polisterin @ wayer. Persoalan, Adakah speaker mempengaruhi burung walit membuat sarang? Setiap lokasi sasaran disembur dengan hormon. Lebar papan sarang dikawasan ini ialah 18 inci.
Ini pula juga percubaan. Menggunakan polisterin dipotong panjang 15 cm. Diletakkan dibawah corner location serta disemburkan hormon. Papan sarang dikawasan ini adalah dari jenis kayu yang berlainan. Fokus polisterin @ corner. Lebar Papan sirip dikawasan ini ialah 14 inci.

Sebelum itu pada kawan-kawan yang hendak menggunakan papan sarang yang lebar harus menggunakan strategi cara untuk menyusun sarang burung walit agar ianya boleh berlapis 2 @ 3 sarang pada satu papan sarang yang lebar.

Kita cuba lihat hasilkan tiga bulan kemudian.....

Mr Dils
Dalat, Sarawak
0109620271

1 comment:

  1. Need a small business loan to get the working capital you need? Get quick & easy access to the funding you need,financing you need to help your business grow Quickly.Email: lendingcashhelpdesk@gmail.com
    ================================================================
    Perlu pinjaman perniagaan kecil untuk mendapatkan modal kerja yang anda perlukan? Dapatkan akses cepat & mudah ke pembiayaan yang anda perlukan, pembiayaan yang anda perlukan untuk membantu perniagaan anda berkembang Cepat.Email: lendingcashhelpdesk@gmail.com

    ReplyDelete