Wednesday, May 25, 2011

SOLAR SOUND SYSTEM (DC VS AC)

 Sistem bunyi adalah sangat penting untuk sebuah BH. Ketiadaan sumber bunyi ianya membawa masalah kepada BH. Dah tentu BH yang baru menghadapi masalah tidak dimasuki oleh burung walit. Untuk menyelesaikan masalah ini saya telah buat satu sistem solar untuk menjayakan sebuah rumah walit.
 Untuk menjayakan sistem solar saya tambah aksessori menggunakan inverter DC-AC iaitu dual function. Iaitu boleh charging bateri menggunakan AC. Jika bateri penuh ianya automatic swicth off charging.
 Sistem solar yang saya bina menggunakan dua sumber charging untuk bateri iaitu solar charging system dan AC charging sistem. Kedua-duanya automatic off apabila bateri solar telah penuh.
 Apabila warna diod pada inverter bewarna oren ianya bermaksud sistem AC saya tidak berfungsi iaitu sistem elektrik yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Elektrik gagal beroperasi. Oleh demikian, sistem solar yang saya bina mengantikan tugas AC untuk charging bateri. Pada siang hari sistem solar berfungsi. Jadi, seluruh sistem amplifier pada rumah BH saya menggunakan tenaga solar. Apabila senja iaitu matahari sudah tiada maka keseluruhan sistem amplifier dan lampu dibekalkan tenaga elektrik menggunakan bateri solar.
 Beginilah keadaan sistem bunyi, mist maker, humidifier dan macam-macam lagi dibilik audio saya.
 Saya juga telah modified sistem komputer untuk energy saving bertujuan untuk menyejukkan amplifier menggunakan small fan.
 Salah satu sistem humidifier yang saya gunakan. Untuk humidifier saya telah bina satu alat yang saya reka sendiri agar humidifier atau mist maker saya switch on secara automatic apabila kelembapan mencecah pada paras yang dikehendaki. Namun untuk sistem ini saya telah bina secara automatic timer untuk masa-masa tertentu dan di modified + aroma untuk attract burung walit.
 Ini adalah contoh automatic switch untuk sistem AC yang saya bina sendiri.
Ini adalah salah satu timer yang saya buat untuk sistem amplifier dan kipas penyejuk.

 Namun untuk sukses dalam menternak burung walit ianya memerlukan penyelenggaraan dari semasa ke semasa. 

Interested

Mr Dils
010-9620271
Dalat, Sarawak

Thursday, January 20, 2011

New Swiftet Idea : Fake Swiftlet + Fake Nest + Polisterin

 
Ini idea yang boleh digunakan untuk rumah walit yang baru. Idea ini ada logiknya. Kita saiko burung walit menggunakan bunyi walit. Tapi kali ini kita saiko burung walit menggunakan burung walit palsu. Burung walit palsu dibuat menggunakan kain atau kertas warna hitam serta diletakkan di kawasan sarang corner, pada polisterin dan juga pada sarang palsu.
Lokasi dipilih dalam rumah burung walit ialah di lokasi yang mudah nampak apabila burung walit berada di dalam rumah burung walit. Ini adalah merupakan satu strategi "saikologi" burung walit ini. Burung walit ini menyangka bahawa dalam rumah burung walit telah mempunyai koloni walit disamping dipengaruhi oleh bunyi seikologi internal walit. Salah satu lokasi yang dipilih untuk burung walit yang palsu ini ialah berhampiran dengan sumber angin. Apabila angin bertiup burung walit palsu ini akan bergerak.


Selamat mencuba bagi yang berminat.


Mr Dils
Dalat, Sarawak
0109620271

Tuesday, January 18, 2011

Good Idea -Grass & Entrance Door

Ketika berjalan petang, saya terjumpa dua buah rumah yang memberikan idea baik untuk penternak walet. Pada gambar yang pertama ialah menanam rumput ditingkat atas rumah walit. Pada pandangan saya, rumput boleh digunakan untuk membiak serangga makanan walit.Walaubagaimanapun, rumput ini perlu sentiasa disiram air untuk menjamin terus subur. Berkemungkinan ada sistem sprinkler diatas bumbung rumah ini untuk burung walet bermain / mandi, siraman tanaman dan pembiakan serangga makanan walit.
Rumah kedua pula mempunyai rekabentuk pintu masuk yang unik. Kebiasaan pintu masuk kita buat segiempat sama ada 2 x 2 kaki, 3 x 3 kaki @ 2 x 3 kaki mengikut kesesuaian. Tapi pintu masuk rumah BH ini dibuat dalam anggaran 3 x 2 kaki serta dibuat secara open roof. Jadi walit boleh masuk ke rumah BH dalam dua cara.

Fikirlah sendiri yang mana dianggap sesuai.

Mr Dils
Dalat, Sarawak
0109620271

Sunday, January 16, 2011

Testing - Hormon Cup + Corner + Polisterin + Speaker

Bermula 15 Jan 2011 (Sabtu) saya telah memulakan percubaan terbaru keatas rumah walit yang baru. Percubaan ini melibatkan tiga lokasi yang berbeza dalam BH. Pertama ialah meletakkan hormon dalam satu cup kecil agar ianya tahan lama.

Pada masa yang sama cup tersebut diletakkan pada lokasi ditengah-tengah diantara corner location dan polisterin serta berhampiran dengan speaker. Pada masa yang sama lokasi corner dan polisterin disembur dengan hormon. 

Sebelum itu, pada kawan-kawan tolong jangan gunakan silotape seperti yang saya buat sebab lama kelamaan silotape akan terbuka setelah sehari kerana dalam rumah walit adalah lembab jadi bimbang burung akan terlekat pada silotape. Situasi ini telah diatasi pada 16/02/2011.

Lebar papan sarang dikawasn ini ialah 12 inci.
Ini adalah percubaan di lokasi berlainan dalam rumah BH yang sama. Bezanya ianya tidak diletakkan speaker. Tujuannya untuk melihat perkembangan sama ada burung walit memilih corner @ polisterin @ wayer. Persoalan, Adakah speaker mempengaruhi burung walit membuat sarang? Setiap lokasi sasaran disembur dengan hormon. Lebar papan sarang dikawasan ini ialah 18 inci.
Ini pula juga percubaan. Menggunakan polisterin dipotong panjang 15 cm. Diletakkan dibawah corner location serta disemburkan hormon. Papan sarang dikawasan ini adalah dari jenis kayu yang berlainan. Fokus polisterin @ corner. Lebar Papan sirip dikawasan ini ialah 14 inci.

Sebelum itu pada kawan-kawan yang hendak menggunakan papan sarang yang lebar harus menggunakan strategi cara untuk menyusun sarang burung walit agar ianya boleh berlapis 2 @ 3 sarang pada satu papan sarang yang lebar.

Kita cuba lihat hasilkan tiga bulan kemudian.....

Mr Dils
Dalat, Sarawak
0109620271

Wednesday, January 12, 2011

Low Cost Bird House in Borneo





Kebanyakkan kita menjumpai rumah-rumah burung walet yang kos mencecah RM70K keatas. Mungkin kita boleh gunakan idea ini untuk dapatkan kos lebih rendah tetapi efficient.

Cuba fikirkan rumah ini low cost. Bagaimana rumah ini boleh mengawal suhu dibawah 30 celcius? Perlu diingat rumah BH yang besar tidak menjamin kejayaan sesebuah BH apa yang penting design sesebuah rumah BH. Orang kata sistem bunyi... Orang kata sistem humidifier... Orang kata penggunaan hormon. Betul setiap satu ada mempengaruhi. Ingat kawan2 design rumah BH lebih banyak mempengaruhi kejayaan. Burung tak kenal harga speaker, burung tak kenal amplifier.

Lain kali saya akan upload sebuah rumah sebesar 14" x 20" telah menghasilkan 2kg upgrading to 5kg now sekali harves. Can top up to maximum 15kg sekali harves. 

Tuesday, December 28, 2010

Humidity Controller + Timer Setting

Sesetengah rumah burung menghadapi masalah mengenai tingkat air dalam rumah yang kenali sebagai Humidity. Disebabkan oleh keadaan humidity yang tidak stabil menyebabkan pemilik rumah burung menghadapi gusar untuk menyelesaikan masalah ini. 
Tetapi pada masa yang sama kita perlukan Timer setting. Disebabkan hendak menjaga kualiti sarang yang tinggi kita perlukan sesuatu tempoh tertentu iaitu Switch ON Humidifier pada sebelah Pagi @ Tengahari  @ Petang. Kebiasaannya alat humidity yang di jual di pasaran hanya berfungsi dengan humidity control sahaja dengan tiada fungsi lain.
Alat ini telah boleh berfungsi dalam dua keadaan dalam sesuatu masa. Untuk memastikan ianya berfungsi dengan berkesan saya telah modify relay iaitu apabila humidity berada pada paras rendah setelah 2 minit humidifier akan switch on secara automatic begitu juga apabila humidifier mencecah paras ditetapkan setelah 2 minit ianya akan switch off secara automatik.



Mr Dils
Dalat, Sarawak
010-9620271

Tuesday, December 21, 2010

Borneo Swiftlet Location

This Swiftlet location is at Borneo. Their many bird house in this location. Hopefully all success.