Thursday, August 11, 2011

Solar Complete Testing......

Solar Selesai Dipasang. 
 Percubaan Pertama Dua Bulan Lepas
 Percubaan Berikutnya.
 Ketekunan dan usaha.. Lama Kelamaan solar berjaya dipasang.
 Namun keja-kerja ini memerlukan ketelitian.
Pada peringkat ini, memang menjadi adat... pasti ada kesilapan.

Hasil pemasangan solar panel dan penggunaan tenaga solar sebenarnya ada kelemahan dan kebaikannya. Namun tak rugi mempelajari sesuatu yang baru...

Penggunaan tenaga solar yang terbaik ialah:

1. Jumlah tenaga bateri yang mencukupi mengikut jumlah tenaga elektrik yang digunakan 300ah keatas.

2. Charging dalam tempoh masa yang pantas. Untuk sistem solar yang saya bina sebelum jam 10.00 pagi bateri akan penuh jika tiada hujan (Dalam tempoh 2 jam). Jika suhu panas sekitar jam 11.00 pagi - 2.00 petang bateri akan penuh untuk charging yang mengambil masa dalam tempoh satu jam sahaja.

3. Jumlah solar panel yang mencukupi sekitar 360 watt keatas bergantung kepada PA System.

4. Pastikan anda mengetahui kekuatan tenaga elektrik yang digunakan oleh PA System. Disyorkan penggunaan PA System jenis energy saving serta alat ganti yang murah dan berkesan.

5. Pemilihan Solar Controller yang berkualiti serta mampu menampung jumlah watt yang dibekalkan oleh solar panel. Jika jumlah watt yang dibekalkan oleh solar panel adalah tinggi berbanding kemampuan solar controller risiko kerosakan pada solar controller adalah tinggi.

6. Solar Controller harus disetting terlebih dahulu mengikut kemampuan PA System, Bateri dan juga bergantung kepada cara wayering.

7. Testing sistem dan kemampuan sistem solar berfungsi apabila matahari tiada. Disyorkan ketahanan bateri untuk menampung PA system dalam tempoh 3 hari hingga 5 hari keataslebih.

8. Tepuk dada tanya selera..


Mr Dils
Dalat Sarawak

No comments:

Post a Comment