Wednesday, August 24, 2011

PERLUKAH GENERATOR......







Perlukah Generator.... ? Ianya suatu persoalan. Kalau dah ada Solar perlukah saya beli Generator...? Kalau Perlu Beli... Kalau Rasa Tak Perlu jangan beli..

Sesiapa yang menggunakan sistem solar bekemungkinan tidak perlu generator ini bagi yang mempunyai sistem solar yang berkualiti tinggi. Kalau solar sistem kurang dari segi tempoh masa charging mungkin generator ini perlu.

Untuk generator yang saya tunjukkan ini, ianya ada kelemahan iaitu arus elektrik mudah overload. Kalau dah overload pasti semua PA system dan lampu habis rosak. Kalau ada fius pada PA system belek2 kan fius. Kalau nasib baik mungkin FIUS boleh selamatkan PA sistem anda. Generator ini juga tidak boleh switch on sendiri apabila tenaga elektrik tiada pada arus elektrik atau arus solar sistem.

Selain itu, minyak petrol yang diletakkan dalam tangki generator tak boleh lebih 14 hari. Jika perkara ini berlaku dah pasti generator tak dapat switch on.....

Penggunaan generator ini hanya boleh bertahan sehingga 12jam tanpa henti. Kelebihannya dah pasti kalau arus elektrik tiada terutamanya solar sistem tidak dapat charging dalam tempoh 3-5hari kita boleh gunakan generator ini untuk charging bateri pada masa yang sama boleh mainkan PA system dan lampu. Dalam tempoh 12 jam dah pasti ianya dapat charging bateri rumah burung anda dengan penuh.
Jadi pilihlah generator yang boleh mengawal arus elektrik diantara 220V-240V & boleh switch on automatic apabila arus elektrik tiada.


Mr Dils
Dalat, Sarawak
010-9620271

1 comment:

  1. Ingin menyertai kooperasi usahawan sarang burung? Pak Din baru mendaftarkan koperasi baru bagi bumiputera..layari http:/layang-layang-gua.blogspot.com bagi mengetahui lebih lanjut berkenaannya.t/kasih

    ReplyDelete